Skip to main content

KIPA: PENGURUSAN, PENTADBIRAN DAN HALATUJU INSTITUSI TVET

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan sektor pendidikan berimpak tinggi yang berupaya meningkatkan taraf ekonomi individu secara vertical movement.  Ia juga penyumbang yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi sesuatu negara.  TVET di Malaysia berkait rapat dengan pembangunan modal insan yang relevan industri dan mampu meningkatkan pendapatan negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi.  Bagi memperkasa TVET di Malaysia, institusi pendidikan dan latihan yang menawarkan program-program TVET perlu sentiasa ditambahbaik dari semua aspek terutama kualiti tenaga pengajar, kemudahan P&P dan kandungan program pengajian.  Sebagai instutusi TVET terbesar di Malaysia, Politeknik dan Kolej Komuniti mampu mendidik dan melatih tidak kurang 120,000 pelajar pada satu-satu masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.  Cabaran utama kepada TVET pada hari ini ialah perubahan pesat teknologi kesan daripada Revolusi Industri ke Empat (4IR).  Banyak pengetahuan gunaan serta kemahiran baharu yang lahir daripada revolusi ini.  Justeru, perubahan yang drastik perlu dirancang secara berterusan dan dihayati oleh setiap warga Politeknik dan Kolej Komuniti agar TVET di Malaysia sentiasa relevan. Sumber sedia ada seperti kewangan dan modal insan perlu dioptimumkan sebaik mungkin agar perbelajaan kerajaan dapat menghasilkan impak terbaik secara berterusan. Oleh itu, setiap PPPT perlu bersama-sama menyumbang sebaik mungkin bagi memastikan keperluan negara pada masa sekarang dipenuhi tanpa menidakkan keperluan generasi akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Rangka Kerja TVET4.0

Buku Rangka Kerja TVET 4.0 ini adalah dokumen panduan serta rujukan kepada Institusi TVET di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu: Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia – MTUN (UTHM, UNIMAP, UTeM, UMP), Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional bagi persediaan institusi serta seluruh warganya untuk mendepani cabaran Revolusi Industri Keempat (4IR) bagi tempoh masa tujuh (7) tahun, bermula 2018 hingga 2025 . Dokumen ini menjelaskan bagaimana fenomena 4IR mampu merubah landskap sosial, politik dan ekonomi negara serta kesannya terhadap keperluan guna tenaga pada masa hadapan. Seterusnya, Rangka Kerja ini menetapkan enam (6) teras utama yang menyokong beberapa strategi dan inisiatif-inisiatif bagi memacu perubahan dalam landasan pendidikan TVET yang bukan sahaja menjana modal insan berkemahiran malah kritis dalam pemikiran dan berjiwa kemanusiaan. Full Text: http://bit.do/TVET4-0

Educational Strategy and Instructional Leadership for WBL (ESIL:WBL)

Program Peningkatan Profesionalisme Berterusan Pensyarah Politeknik METrO JB & Mentor Industri Bagi Program Diploma Keusahawanan secara WBL Tarikh: 10 & 11 Julai 2019 Tempat:  Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) Tajuk: TVET di Malaysia; Sistem Pendidikan Politeknik (Nota dilampirkan) Konsep WBL di Malaysia; Konsep Coaching & Mentoring (Nota dilampirkan)