Skip to main content

Posts

Educational Strategy and Instructional Leadership for WBL (ESIL:WBL)

Program Peningkatan Profesionalisme Berterusan Pensyarah Politeknik METrO JB & Mentor Industri Bagi Program Diploma Keusahawanan secara WBL Tarikh: 10 & 11 Julai 2019 Tempat:  Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) Tajuk: TVET di Malaysia; Sistem Pendidikan Politeknik (Nota dilampirkan) Konsep WBL di Malaysia; Konsep Coaching & Mentoring (Nota dilampirkan)
Recent posts

KIPA: PENGURUSAN, PENTADBIRAN DAN HALATUJU INSTITUSI TVET

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan sektor pendidikan berimpak tinggi yang berupaya meningkatkan taraf ekonomi individu secara vertical movement.  Ia juga penyumbang yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi sesuatu negara.  TVET di Malaysia berkait rapat dengan pembangunan modal insan yang relevan industri dan mampu meningkatkan pendapatan negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi.  Bagi memperkasa TVET di Malaysia, institusi pendidikan dan latihan yang menawarkan program-program TVET perlu sentiasa ditambahbaik dari semua aspek terutama kualiti tenaga pengajar, kemudahan P&P dan kandungan program pengajian.  Sebagai instutusi TVET terbesar di Malaysia, Politeknik dan Kolej Komuniti mampu mendidik dan melatih tidak kurang 120,000 pelajar pada satu-satu masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.  Cabaran utama kepada TVET pada hari ini ialah perubahan pesat teknologi kesan daripada Revolusi Industri ke Empat (4IR).  Banyak pengetahu

Rancangan Malaysia 5 Tahun

Senarai Rancangan Malaysia 5 Tahun Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020 Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), 2006-2010 Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), 2001-2005 Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7), 1996-2000 Rancangan Malaysia Keenam (RMKe-6), 1990-1995 Rancangan Malaysia Kelima (RMKe-5), 1986-1990 Rancangan Malaysia Keempat (RMKe-4), 1981-1985 Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3), 1976-1980 Rancangan Malaysia Kedua (RMKe-2), 1971-1975 Rancangan Malaysia Pertama (RMKe-1), 1966-1970

Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)

Tarikh Kuatkuasa : 1 Januari 2008 Kod Gaji : DH Bentuk Skim Perkhidmatan : Bersepadu Kenaikan Pangkat : Tanpa Kekosongan Jawatan Ketua Perkhidmatan : Ketua Pengarah JPPKK Pihak Berkuasa Melantik : Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Lembaga Kenaikan Pangkat : Kumpulan P&P – JPA; Kumpulan Sokongan - KPM Pekeliling Rujukan: 1.   Pekeliling Perkidmatan BIL 33 TAHUN 2007 2.   Pekeliling Perkidmatan BIL1 TAHUN 2016 Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia – Membatalkan P.P. Bil 33 Tahun 2007 ::  Lampiran D Jadual Gaji Minimum-Maksimum Bagi PPPT Mulai 1 Julai 2016 ( Rujuk Halaman 15 & 16 ) ::  KlasifikasiPerkhidmatan Pendidikan Perincian syarat lantikan, penetapan gaji permulaan,   syarat kelayakan Bahasa Melayu, pengesahan dalam perkhidmatan,   dll  ( Rujuk Halaman 107 - 114 )

Rangka Kerja TVET4.0

Buku Rangka Kerja TVET 4.0 ini adalah dokumen panduan serta rujukan kepada Institusi TVET di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu: Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia – MTUN (UTHM, UNIMAP, UTeM, UMP), Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional bagi persediaan institusi serta seluruh warganya untuk mendepani cabaran Revolusi Industri Keempat (4IR) bagi tempoh masa tujuh (7) tahun, bermula 2018 hingga 2025 . Dokumen ini menjelaskan bagaimana fenomena 4IR mampu merubah landskap sosial, politik dan ekonomi negara serta kesannya terhadap keperluan guna tenaga pada masa hadapan. Seterusnya, Rangka Kerja ini menetapkan enam (6) teras utama yang menyokong beberapa strategi dan inisiatif-inisiatif bagi memacu perubahan dalam landasan pendidikan TVET yang bukan sahaja menjana modal insan berkemahiran malah kritis dalam pemikiran dan berjiwa kemanusiaan. Full Text: http://bit.do/TVET4-0