Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan sektor pendidikan berimpak tinggi yang berupaya meningkatkan taraf ekonomi individu secara vertical movement. Ia juga penyumbang yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi sesuatu negara. TVET di Malaysia berkait rapat dengan pembangunan modal insan yang relevan industri dan mampu meningkatkan pendapatan negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Bagi memperkasa TVET di Malaysia, institusi pendidikan dan latihan yang menawarkan program-program TVET perlu sentiasa ditambahbaik dari semua aspek terutama kualiti tenaga pengajar, kemudahan P&P dan kandungan program pengajian. Sebagai instutusi TVET terbesar di Malaysia, Politeknik dan Kolej Komuniti mampu mendidik dan melatih tidak kurang 120,000 pelajar pada satu-satu masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Cabaran utama kepada TVET pada hari ini ialah perubahan pesat teknologi kesan daripada Revolusi Industri ke Empat (4IR). Banyak pengetahu